Wednesday 22 July 2015

BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.1

Bagaimana Agama Yahudi bertapak di semanjung Arab

   Ahli-ahli sejarah memulakan cerita bagaimana agama yahudi bertapak di semenanjung arab dengan kisah seorang pemimpin yaman yang bernama Rabiah bin Nasr.Beliau bermimpi pelik dan kemudian mimpi itu ditafsirkan oleeah ahli nujum.

    Ahli nujum berkata, “mimpi tuanku bermaksud orang-orang habsyah akan menakluki yaman.” Tanya Rabiah, “bila?” Ahli nujum berkata “sekitar 60 sehigga 70 tahun lagi .”

   Rabiah takut hal itu berlaku keatas zuriatnya ,lalu dia membawa semua ahli keluarganya meninggalkan negeri yaman.Mereka berpindah ke Hirah yang berdekatan dengan iraq.Akhirnya mereka menguasai Hirah.Ahli-ahli sejarah mengatakan, NU’aim bin Munzir,Raja Hirah adalah daripada keturunan Rabiah bin Nasr.

   Pada masa itu, raja-raja Rom dipanggil kaisar,raja-raja Farsi di panggil kisra,raja-raja di negeri Habsyah dipanggil najasy,dan raja-raja negeri yaman dipanggil tubba’.ia bermaksud orang-orang yaman.

   Suatu masa,yaman diperintah oleh tubba’ yang bernama Tabban bin as’ad.Dia adalah raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan melancong .pada suatu masa,dia keluar berdagan ke negeri Syam dengan ditemani oelh anknya dan tentera-tenteranya.sebelum ke Syam ,mereka terlebih dahulu singgha di madinah,kemudian anaknya ditinggalkan menguruskan perniagaannya di Madinah.
Semasa Tabban bin As’as pergi ke syam,berlaku perselisihan faham antara anaknya dengan orang-orang madinah sehingga orang-orang madinah membunuh anknya . Apabila Tabban tahu,dia berpatah balik hendak menuntut blea atas kematian anknya.Berlakulah peperangan antara orang Yaman dan orang madinah.

   Dalam peperangan itu,ada suatu perkara yang memelikkan Tabban.Orang madinah hanya berperang pada siang hari.apabila sampai waktu malam,mereka berhenti berperang.pada waktu malam,orang-orang madinah menghantar makanan da minuman kepada tentera tabban yang memerangi mereka pada siang hari.sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka pada siang hari.Walaupun dilayan begitu baik ,Tabban tetap mahu menuntut bela kematian anaknya.

    Ditengah-tengah peperangan ini ,pendeta-pendeta yahudi yang datang dari syam menemui tabban .Mereka  mahu berbincang dengan Tabban .

   Selepas masuk menghadap Tabban mereka bertanya, “apa yang kamu mahu daripada peperangan ini,wahai tabban?”

Tabban berkata , “aku mahu merosakkan madinah.”

   Pendeta yahudi berkata pda tabban, “Kamu tidak akan berjaya ,tuyhan akan musnahkan kamu.Madinah ini adalah tempat hijrah Muhammad bin Abdullah,begitulah yang di sebut dalam kitab-kitab kami.”

   Dari situ,Tabban berminat dan tertarik mendalami kitab suci orang yahudi yang dipanggil taurat.Akhirnya,dia memeluk agama yahudi.Dengan itu,dia berhenti memerangi orang-orang madinah.selapas itu dia sna teneterany bergerak ke Mekah.


    Pada masa itu orang yahudi suku Huzail memusuhi orang Mekah dan mereka juga tidak suka orang yaman.Mereka mengambil peluang ini melaga-lagakan orang yaman dengan orang mekah .mereka menghadap tabban dan menceritakan di mekah terdapat bangunan iaitu kaabah dimana di bawah kaabah ini terdapat emas dan permata.memang pada masa itu orang arab menanam emas dan permata di bawah kaabah bagi memuliakan kaabah.

No comments:

Post a Comment