Friday 24 July 2015

BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.2.

 BHG 2.



 Apabila tabban mendengar hal ini,datang rasa tamak hendak menguasai harta ini.dia lalu mempersiapkan tenteranya bagi menyerang Mekah dan Kaabah.Apabila pendeta yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama yahudi mendapat tahu perkara itu .mereka menghadap tabban.mereka menasihati tabban supaya tidak menyerang mekah dan kaabah.
Mereka berkata, “yang kami tahu,kaabah inilah satu-satunya rumah tuhan di atas muka bumi ini.kalau kamu serang kaabah,tuhan akan memusnahkan kamu.”

  Tabban menerima nasihat itu dan meminta pandangan pendeta yahudi itu apa yang patut dia lakukan apabila memasuki mekah nanti.

  Pendeta yahudi berkata, “apabila tuan masuk mekah nanti,tuan besarkan kaabah.”

  “Bagaimana?”. Tabban bertanya.

  Pendeta yahudi berkata. “tuan tawaf sekeliling kaabah.”

  Tabban bertanya kepada pendeta, “adakah kamu akan tawaf juga?”

  Pendeta berkata.”kami pun hendak tawaf,tetapi oleh kerana kaabah pada masa ini dipenuhi dengan berhala di sekelilingnya,kami para ulamak tidak sepatutnya tawaf dalam keadaan itu.”

  Tabban pun melaksaanakan nasihat pendeta yahudi itu,semasa di mekah,dia bermimpi memakaikan kelambu pasa kaabah,dia memerintahkan orang2nya supaya meyiapkan kelambu kaabah.dengna itu,orang pertama yang memakai kan kelambu pad kaabah adalah taaban bin as’ad,raja yaman ini.selepas itu,barulah suku arab menyambung tradisi ini.

  Apabila tabban balik ke yaman dia memerintahkan semua rakyatnya masuk agam yahudi tetapi rakyatnya tidak setuju.rakyat yaman ketika itu menyembah api .di setiap rumah mereka ada rumah api.apabila mereka bergaduh sesama sendiri ,mereka pergi ke rumah api itu .pabila rumah api dibuka,siapa yang mula-mula yang disambar api dialah yang bersalah.mereka mengambil keputusan berhakim dengan api dalm masalah arahan tabban ini.tabban pun bersetuju.


  Pada hari yang ditentukan,pendeta yahudi itu di bawa kerumah api.begitu juga dengan pendeta majusi yang menyembah api.apabila dibuka rumah api,api menyambar pendeta majusi.mereka lari meyelamatkan diri.rakyat tidak puas hati,diulang lagi bagi kelai kedua,kali ni pendeta majusi dipaksa jangna lari.kali ini pun terkena pendeta majusi juga.akhirnya,pendeta majusi mati dibakar oleh api di situ.dengan itu,semua rakyat yaman masuk agama yahudi.demikianlah menurut ahli-ahli sejarah bagaimana yahudi masuk ke yaman dan seterusnya ke semenanjung arab.

sekian,
dipetik dari buku
Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH,
PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI.

Penulisnya,
zulkifli mohd yusuff
noor naemah abd. rahman.


No comments:

Post a Comment