Wednesday 7 May 2014

my opinion about new song AKU TAHU by altimet ft tomok


Here, some my own opinion about new single, altimet ft. tomok : akutahu                                                                                                                             
Yeah yeah yeah yeah
Mmmm
**yang ni opening dia la..lebih kurang macam dia menyapa (hai..) 

Bila berdepan tak bisa bebicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku didalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu ke arah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hari
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna kau mengajar aku inilah cara lelaki

**meluahkan isi hati melalui lagu yang dia cipta
Seorang anak yang ingkar ketika remaja
Selalu memberi beban kepada ibu bapa berbanding meringankan beban
 selalu menyalahkan kedua org tua bila mereka buat sesuatu yg menyakitkan hati dia(anak)
bila dia dah besar dia sedar bahawa ada perkara waktu ketika dulu kedua org tua nye tak memahami nalurinya.selalu teringat akan kelakuan dia dengan org tuanya,sukar untk maafkan diri sendiri.tidak mentaati org tua,dia sedar,dia kan bawa dosa2 itu ke akhirat kelak.sbb org tuanya sudah mengajarnya inilah tanggungjawab kita sebagai seorang lelaki
Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti

**dia sedar ibu bapa dia dah tak lama nafasnya
Dia tahu yg dia kena terima juga sekirnya org tua nya pergi untuk selamanya
Dan pada waktu itu dia akan iringi pemergian tanpa air jurian air mata
Dia akan perlihatkan bagaimana org tuanya bila dia sudah mempunyai anaknya sendiri,yang membawa erti.dia akan mengajar anak2 nya seperti mana org tuanya dahulu serta dia akan sentiasa akan mengingati orang tuanya bila memandang mata anaknya kelak..

Chorus:
Hari ini ku tahu
Memori menghuni di pemikiranku
Ooo..
Akan diungkap waktu
Sejarah masa depanku
Itu aku tahu

**verse tomok menyatakan:sekarang dia(anak)tahu betapapun memori yang ada terakam dalam pemikirannya akan di ungkit juga di padang masyar nanti tentang sejarah hidup dia yang lalu juga waktu hadapan
Aku tahu
Aku sering pergi
Menyepi berhari aku mencari rezeki
Ku kembali senyumanmu aku nikmati
Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami

**kini anak tadi telah bergelar seorang ayah dan mempunyai anak.dan bekerja seharian mencari nafkah untuk anaknya,setelah pulang dari kerja dapat si ayah melihat senyuman anknya,boleh mendengar suaranya anaknya,dan merasakan kasih anaknya..

Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi
Genggamanmu kecil hanya muat satu jari
Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi
Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti

**si ayah tak marah anak nya menganggu tidurnya tiap pagi,
Kerana di dalam hatinya anak itulah permata dalam hayatnya,
Tak sabar untuk melihat anaknya dewasa

Kalau aku berjalan ku mahu kau berlari
Ku tadahkan bahu kau capailah matahari
Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi
Terima kasih kerna mengajar aku jadi lelaki

**si ayah menytakan bahawa dia tak sabar melihat anaknya bertatih membesar
Seterusnya membantu anaknya mencapai kejayaan dalam hidup,supaya menjadi anak yg berguna kepada masyarakat sekaligus menjadi anak yg disegani orang sekeliling,dan berterima kasih kerana membuatkan si ayah bergelar seorang lelaki yg bertanggungjawab

Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi
Kau perlu tahu aku akan kau kebumi
Lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat aku hidup di dalam anak-anakmu pasti

**si ayah tadi berpesan pula pada anaknya bahawa bila tiba waktunya dia akan pergi bertemu ilahi,si anak perlu redha menerimanya tanpa jurian air mata,bila sudah dewasa nanti ajarilah cucunya seperti mana dia(ayah)kelak.


Mungkin bagi korang di atas tu terjemahan biasa,its ok..

Apa yg membuatkan aku nak tulis sgt,,why??

Ok,iannya sbb aku Nampak apa yg yg tersurat dan tersirat dalam lirik lagu ni.
Bila aku dengar lagu ni,aku jadi terfikir akan tentang diri aku sendiri,yang mana jalan hidup aku bersama keluarga aku.especially,with my parent of course.ia menyedarkan tahap kesedaran kita sebagai anak.apa yg kita lakukan waktu dia masih ada di depan kita.knp kita tak taat?knp kita lawan kata2 mereka.tak sedar kah kita satu hari nanti mereka akan pergi?lalu apa jasa kita pada mereka sewaktu mereka masih hidup?apa pula kita nak buat selepas mereka tiada.kita juga bakal jadi ibu atau bapa,kita pula berada di tempat mereka,apa yg kita lakukan?.waktu kita muda,kita derhaka,bila kita ada anak sendiri dia pun derhaka sperti mana kita dahulu,nah,,!apa rasa mu?terjawab ke?.kemudian jasa kita slepas mereka tiada..kalau agamanya islam,waktu kecil,mak ayah mesti selalu suruh anaknya mengaji nak suruh pandai baca quran.sbb.bila mereka mati,boleh sedekah kan mereka surah yasin di kuburan mereka.dan kalau boleh jadi seorang hafiz(hafalan30 juzalquran).boleh bagi syafaat dkt mak ayah serta adik beradik lain nanti(di akhirat)mengingatkan bahawa amalan kita nanti akan dipertontonkan di padang mashar.segala kelakuan x senonoh kita yg dulunya org lain x Nampak.ketika itu semua makluk akn tahu.segala perbuatan derhaka kita.
Itu Apa yg aku faham setelah aku mendengar berpuluh2 kali..(aku siap buat repeat mood dlm music player aku untuk satu lagu ni jee..). industri muzik dalam Malaysia,kebanyakan lagu2 nya berkonsepkan cinta,cinta 3segi.cinta dua benua,cinta berkecai,cinta tak bersahut,cinta syok sendiri..err,,lebih kurang la tu kan. Har..har..! tapi x bermaksud aku tak sukakan lagu2 itu.yg membezakan lagu2 ini,hanya arrangement music jer serta vocal penayanyi yg melariskan lagu tersebut.nah..kita terlupa,xkan kita nak berhibur je semata2?tdk kah ianya sia2 shj klau mcm tu?kita lupa,tetang bait2 lirik dalam lagu memberikan peranan dan impak bagi mereka yg mendengar lagu dan mengutip intipatinya.dalam sebuah lagu itu patut terselit nilai2 murni,dan pengajaran serta mesej yg bernilai kepada pendengar.. nah..kalau lagu cinta?xde ke smua tu?.ada..but,that’s all normal thing.nowdays,almost avery people know about it.
Single terbaru  Aku tahu-Altimate ft Tomok.bergenre R&B berkonsepkan keluarga. Lagu ni menyajikan kelainan.maybe tak semua org minat Rnb.mungkin arrangement music pun x la gempak sangat ala2 balada gitu.lirik pun x panjang.  Ok.. thanks..
    










                             

Saturday 5 April 2014

hari-hari terakhir

hampir 6 bulan aku keja di sini akhirnya sampai di sini saje rezeki aku di subang perdana ini.kenangan pahit manis di tempuhi bersama rakan sekerja yg merupakan satu negeri dengan aku.menimba pengalaman perniagaan di sini.ini antara hari-hari terakhir aku di sini..sempat la jgk jalan2 an,tlog gak wat keja sikit2 walaupun dah berhenti,nak makan free punya pasal an..haha

haha..gila arh mamat ni..!mesti korang tgk pelik an mamat ni.saje-saje je ni..cute x?muahaha

jalan2 kat kedai belakang,x beli pun,saje ambik gambar..


 
haha...masa ni aku nak kuar pi jalan.tapi tgk custemer ramai.aku tolog la jap.huu~




tolong masak jgk skejap..walaupun tak pro,,sekurang2nya membantu..ye dak?




malam pulak pi karok..walaupun suara x seindah penyanyi asal.muehehe..btw,audio x berkualiti.maklumlah,pakai phone murah je







dalam perjalanan nak pergi OU,minyak motor habis...err..motor pinjam jer tu.Bro..ada nampk moto gua tak??haha
   
sole sole..sole lele,,,hahaks..
i pun nak selfie gak..sekali,jam i tertinggal dalam toilet dia la plak..spoil!

Wednesday 26 February 2014

salju kasih di Hati ep.4

EPISOD 4

Esya melihat kereta yang cukupdikenalinya berhenti di hadapannya."urgh!nak apa lagi mamat ni"omel esya sendiri,hairan.nasiblah org tak ramai kat situ.

“hai esya,tuggu bas ke?”.soalan spontan terpacul dari mulut syah yang hanya bercakap melalui cermin.Esya hanya mencebikkan muka dengan soalan yang diajukan.”taklah,tengah tuggu kapal terbang mendarat la kat sini.tak nampak ke?”bersahaja esya menjawab.syah terenyum mendengar kata-kata esya.”ooo..esya pandai buat lawak ye..”.syah berpaling pula pada nik .“eh,ko tunggu jap ye.aku ada hal sikit”.pantas memecat tali keledarnya terus keluar menuju ke arah esya yang hanya mengambil beberapa langkah saja .Nik di dalam kereta kelihatan terkumat-kamit mulutnya,membebel agaknya.”kapal terbang tu nak landing pukul berapa kat sini?haha”.syah cuba mengusik setelah berada disebelah esya.syah memerhatikan sebatang tubuh yang berada didepannya.”ayu” satu perkataan yang terdetik dihatinya.esya berasa agak tidak selesa dengan kehadiran lelaki ini.”kau nak apa nak apa sebenarnnya?”esya bertanya tanpa sedikit pun memandang wajah syah yang berdiri di sebelahnya.sebaliknya,membuang pandangan arah bertentangan.”i saje je..nak tgk kapal terbang landing kat sini macam mana an.kenapa?tak boleh ke i nak duk sini?”ujar syah cuba bermain emosi.tiba-tiba esya melihat sebuah bas melintas di hadapannya,esya bingkas bangkit mengejar bas itu,esya berlari ”bang berhenti!,berhenti!” dia mengejar lagi sehigga sampai di simpang keluar, tangan nya sudah hampir sampai untuk mengetuk belakang bas itu.setelah itu esya berlari anak,org awam yang berdekatan hanya memerhati kejadian itu.sehingga dia terduduk di atas tar keletihan.tanpa dia menyedari syah menuruti di belakangnya termengah-mengah,syah menghulurkan tangan.”tak payah,aku boleh bangun sendiri..”esya menolak ,kerana dia tahu hukum hakam agama.Timbul rasa malu pada diri syah,tambahan pula banyak mata yang melihat mereka,seolah-olah romeo menyelamatkan juliet nya.

 Sekembalinya nya mereka di tempat menunggu bas tadi.syah mempelawa pada esya untuk menghantar dia ke stesen bas,alang-alang mahu menghantar nik boleh lah tumpang sekali. Mendengar tawaran itu,esya melihat jam tangannya.dia juga ingin cepat takut tertinggal bas pulak.mahu atau tidak,dia terpaksa terima jugak pelawaan syah tadi.”ok..you tunggu jap ye..”syah memberi arahan serentak dengan isyarat tangan.syah buka pintu bahagian pemandu dan menarik kunci bonet belakang dan melihat nik”oi,ko pi duk belakang,aku ada penumpang istimewa.” syah memberi arahan pada nik sambil tersenyum riang.syah kembali pada esya dengan gaya sopan santunnya.”cik esya,masuk lah dulu.duk kat depan,beg tu biar i yang angkat,nampak macam berat tu”. Syah penuh dengan gaya lelakinya mengangkat beg yang besar dan beroda tu.melihatkan gaya beg itu macam orang nak naik flight je.selesai memuatkan beg tadi ke dalam bonet syah bergegas masuk ke dalam kereta untuk teruskan menghantar penumpang-penumpang di dalam keretanya,kalau lambat nanti banyak komen pulak.

 Suasana di dalam kereta agak sepi.syah membuka siaran radio,mendengar celoteh D.J yang bertugas di konti.syah teruskan pemanduanya,berhati-hati syah memandu,tidak melebihi 80K/m sejam.maklumlah ada gadis yang dibawanya.syah memperalahankan suara radio.”err..esya,kampung you kat mana?’’.syah bertanya dengan lembut.esya masih lagi membuang pandangannya ke luar tingkap,sedikit pun tidak menoleh ke arah syah yang bertanya.”buat apa kau nak tau?”jawabnya acuh tak acuh.”la..i nak tau je pun,kita kan satu kolej,satu jurusan,am i wrong to ask where do you live?”.esya seakan berfikir sesuatu sebelum menjawab.”emm..bukan kau nak hantar aku sampai rumah pun kan.jadi,tak penting kot untuk kau tahu”.kali ini esya menjawab dengan nada yang tenang,kerana dia merasakan ada keikhlasan dalam pertanyaan syah tadi,kini pandangannya pula beralih ke arah depan.sesekali syah mengerling juga kearah esya.namun perbuatan itu tak disedari olehnya.Nik,berada di belakang sudah terhangguk-hangguk mengantuk.

 STESEN BAS PUTRA.Syah menurun kan mereka di kaki lima yang menuju ke ruang menugggu bas.esya dan nik masing-masing turun mengagkat beg mereka di dalam bonet kereta.”terimo kasih banyok la tolong hantar aku sapa sini syah”.ucap nik sambil bejabat tangan dengan syah diiringi ketawa kecil.tangan dileraikan.”eh,tak ada hal lah,small matter je tu nik,kau bukan tak kanal aku kan”.syah membals dengan riak selamba.”eh,kalu mu nok nikoh tu,royak ko aku deh,aku pun lama doh dok raso nasi minyok.haha”.nik sempat mengusik syah.nik lihat bagaimana cara syah memandang esya sewaktu perjalanan tadi,sebab itu lah dia usik macam tu.nik pun dah berlalu pergi untk mencari basnyai.kini tiggal dia berdua sajaha.masih berdiri di belakang kereta.esya sedikit menghampiri syah.”terima kasih la syah,sebab  awk hantar saya sampai kesini.habis minyak kereta awak”esya menghulurkan dua keping not merah.”nah,ini yang saya mampu bayar kat awak”.syah yang mulanya terseyum lebar mendengar ucapannya menggunakan bahasa yang sopan.agak tersentak bila dihulurkan wang oleh gadis didepannya itu “eh!,tak payah lah i tolong you tak mengharapkan apa-apa balasan.em..you simpan je buat belanja you”.syah menolak pemberian esya.esya termenung seketika,dalam hatinya berbisik.’ada lagi orang macma ni sekarang ya,nak ambik hati aku tu’.”betul ni?jangan menyesal plak nanti,kalau panjang umur lain kali saya balas budi awak,saya tak nak makan budi orang”esya memberitahu pendiriannya sambil menyimpan kembali dua keping not merah tadi.”eh,jomlah..saya tolong awak angkat bak beg ni”syah mengajak dengan tangan nya sudah menggengam holder beg roda itu.esya malas hendak cakap apa-apa lagi,hanya menggalas beg sandangnya dan menuruti langkah syah yang memasuki ke ruang utama.

 Esya hanya berdiri di tepi dan melihat,Terbongkok-bongkok syah memasukkan beg besar itu ke ruang khas di sisi bas itu,setelah selesai, syah menyapu kedua tapak tangannya.”ehem2,dah beres!”terlukis senyuman di bibir nya setelah merasakan dirinya telah dapat mengambil hati esya.”ha,rajin awak ye,tolong orang..”dengan nada sinis esya memuji.”ok lah,saya naik dulu lah ye,awak pergi la balik nanti your parent cari pulak.assalamulaikum.”kaki nya baru hendak melangkah.”eh-eh,wait a minute,baru i teringat,pinjam phone you kejap.want to call my mom.phone i takde kredit la,internet pun expired,so,nak wasapp pun tak boleh.”dengan nada sedih syah meminta diiringi muka seposen.tanpa membuang masa esya membuka zip poket kecil beg sandangnya dan menghulurkan phone bersaiz 5.0 inci itu pada syah.”nah,!cepat skit,lima minit jer”.syah mengambil,menekan nombor dan membelakangkan esya,tak sampai lima minit buat panggilan,dia menghadap esya kembali dengan senyum nakal dan menghulur kembali apa yang dipinjamnya.”nah,cantik phone you,terima kasih.assalamualaikum"."waalaikumussalam.esya memgambil dan terus melangkah menaiki bas.
                                                                          
                                                         TO BE CONTINUED.........:-)


Thursday 20 February 2014

PENGORBANAN

assalamualaikum. .!ada org tak?takde eh?bia lah xde orang pun,aku nk ckp(tulis) jgk.saja. .ase nk update blog.nk upload mini novel episode 4 pun tak siap lagi.jadi,aku edit la gambar ni buat bahan untuk update an.ke cane?

jadi,PENGORBANAN asal dari kata dasar Korban.btol x?ia tergolong dlm kata kerja ke sifat?atau kata nama?ha!jawab sendiri la,.sy yakin,anda semua pun dah belajar dkt sekolah kn?kalau yg xtahu tu,msti belajar bawah jambatan kn?

 jadi,PENGORBANAN adalah satu perkara yang kita lakukan secara rela atau terpaksa.contohnya.
 berkorban harta/waktu;seorang ayah berkorban waktu diluar rumah untk mencari rezeki untk memberi nafkah kepada kita(perkara wajib)menyebabkan masa untk dia luagkan masa bersama kita berbaki sedikit.hanya setelah kita besar baru dapat bersama diorang stelah diorang pencen(kalau ada pencen la)ha, kalau kita dapat lihat apa yg ayah kita buat(nak2 yg keje buruh kasar)demi untk menyekolahkan kita.pasti kita menghargai pengorbanan dia.dgn mengecapi kejay.an dlm kehidupan.

 HARTA.ok.lets say DUIT.seperti duit atau juga dikenali sebagai wang.semua org juga terlalu menyayangi dan memerlukannya.contohnya:duit ni kita simpan dari dulu lagi,untuk memenuhi impian kita untuk memiliki sesuatu yang mahal.tiba-tiba orang yang kita syg(tak kira la sape2 pun yang ko syg)mengalami kecederaan dan memerlukan duit untk buat pembedahan.jumlah yang bnyak.namun demi kerana sayang terpaksa juga mengeluarkan  simpanan tadi untk melihat org yang kita syg tadi sihat. .

 *pengisan aku tak power sgt.sbb buat sambil kerja an.lgpun power  sgt nanti korang tak fhm pulak.wasalam.take care.may Allah bless you all.

Saturday 1 February 2014

Aku dan duri

waktu diri rela melangkah di jalan yg penuh duri,sangka diri bisa merentas dengan jiwa besar.saat telapak kaki hampir menyentuh muncung duri,minda pantas memproses andaian,adakala terasa ingin mengundur setapak,bimbang tidak mampu menahan tajamnya duri.namun keinginan masih lagi mengatasi.meredahi jua walau pedih kulit tersiyat.pelbagai bayangan berlegar di kepala. .tiba di pertengahan,langkah mula terasa ingin terus terjun ke cerun di tepi jalan itu.tapi minda pintas menolak keinginan langkah.lalu,memijak duri dengan perlahan diiringi titisan air yang menitis dari kelopak mata hingga ke akhir. Setibanya di garisan penamat,tak tahu lagi bagaimana hndak jelaskan perasaan dialami.segalanya berbaur.

Saturday 25 January 2014

Salju kasih di hati ep.3

Episod 3
Keesokannya.bangunan Asrama perempuan tiga tingkat itu semakin sunyi,ramai pelajar sudah beransur pulang ke kampung halaman masing-masing.begitu juga dengan hazimah,beriya-iya nak balik kampung,bertemu keluarga.keluarganya yang berasal dari johor itu akan sampai tengah hari ini,jika tiada aral melintang.Berbeza pula dengan keadaan Arisya,cuma duduk bersila di atas katil dan merenung tiket di genggamannya.emah faham akan keadaan rakanya itu,setelah apa yang diluahkan kepada dia semalam."esya,jangan la lama sangat menung tu.kau balik jela,jenguk ayah kau,dan adik beradik kau yang lain."akhirnya emah bersuara memecah sunyi diantara mereka.perlakuan esya yang sebegitu membuatkan dia risau."hmm,mesti aku rindukan ko nanti."esya juga bersuara malas.perlahan turun dari katil menuju almarinya berada di kepala katil.turut mengemas bajunya,di
lipatnya seperti kain buruk,masuk ke dalam beg beroda."siapa hantar kau naik bas nanti?"emah menyoal,kerana ingin tumpangkan esya ke stesen bus sekiranya sempat ayah nya menghantar."aku naik bas lonceng kat depan ni je nanti,macam biasa la.kenapa?"esya menyoal kembali."erm..ok kalau dah macam tu. .kalau ada apa-apa nanti call aku tau"sempat emah memesan.esya melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 11pagi."awal lagi.bas aku pukul 2."getus hati esya.emah pula membelek smartphone nya,mencari lagu nyanyian sudirman yang bertajuk balik kampung.emah mainkan lagu itu dengan volume yang paling tinggi.syok layan sambil mengemas.


Dah berkali-kali rosmah mengetuk pintu bilik anak tunggalnya."syah,!bangun la,dah tengah hari ni."mak nya hanya memekik di depan pintu.dia yang berada dalam bilik masih mamai,tiada tenaga untuk menjawab,hanya menggeliat.akhirnya mengalah juga,malas hendak mendengar bebelan.walaupun terasa seperti tubuhnya masih ingin berdamping dengan bantal peluknya namun digagahkan jua bangun dan membuka pintu.terjengul muka syah di ruang pintu yang dikuak sedikit"ada apa mama?pagi-pagi dah bising.spoil orang nk tido.kan cuti."syah menyoal tidak puas hati."heh!,pagi kamu cakap?cuba bukak luas sikit mata tu!,tengok dekat luar tu.dah,pergi mandi,lepas tu,turun makan.papa dah tungu kat bawah."rosmah berlalu tanpa menunggu jawapan.syah kembali ke katil sambil menggosok matanya,dan mengambil jam diatas meja yang berada di sebelah katilnya."hah,dah pukul 12!."syah bekata sendiri.bingkas mencapai tuala dan terus mandi.
Di meja makan.papa dan mama nya telah menanti,ingin makan sama-sama.syah duduk dan tersenyum kelat.tahu yang dirinya bangun lambat.ala,biasa la.kan cuti.memang selalu macam ni."hah,apa lagi.tesengih pulak.cedok la nasi tu."ibunya menegur seperti mahu membebel pula.manakala papanya hanya diam dan mula menjamah nasi.dia memang tidak terlalu rapat dengan papa,hanya mamanya yang selalu melayan kerenahnya sejak dari kecil.sikap papa nya tegas,namun tidak lah garang."kau cuti ni ada program apa-apa tak?"mama nya tiba-tiba bertanya.syah menghabiskan kunyahan di dalam mulut."erm..setakat ni takde lagi,just discuss for assignment with my frends,why mama?"sedikit berkerut dahinya dengan pertanyaan mama."well,this is a good time to you follow your dad to office.lern how to become like your dad."mama nya berterus terang.mereka inginkan satu-satunya anak mereka ini menerajui syarikat datuk ismail,sebaik saja menamatkan pengajian.papa nya sudah selesai makan."ha,syah.papa nak kamu gantikan tempat papa nanti.anak kawan-kawan papa yang lain sudah ramai yang sudah berjaya menerajui tempat ayah mereka." "hurm.papa,mama.give me time to think about it.it is not that easy.orang tau,bukan senang nak uruskan hal pejabat ni.ok?"belum sempat mereka menjawab.iphone syah berdering dengan lagu mr.simple yang dipopularkan oleh kumpulan kpop,super junior.syah pantas mencelup tangan dalam
Mangkuk berisi air cuci tangan.bangkit dari duduknya dan berpindah ke sofa barulah mengambil telefon nya serta melihat nama yang tentera di skrin,lalu menjawab pangilan itu."assalamualaikum,syah.mu busy dok?"kedengaran suara rakannya,nik.seperti kelam kabut."waalaikumussalam,tak pun,apehal yang ko kalut sangat tu?"syah juga pantas menyoal."mu buleh tolong aku dok?tolong hantar aku gi stesen bas,tak dok ore nak hantar aku ni,aku..aku..aku takdok pitih nak naik bas nak gi stesen.."nik berterus terang tanpa buang masa.nadanya sedikit merayu.syah disini cuba menahan ketawa."okey,aku gerak sekarang,ko tunggu kt mana?." "aku tunggu dekat kampus ni la.cepat deh..!"nik cuba mendesak."ok,bereh boh."syah menjawab dengan dialek kelantan juga.seperti mana yang dia biasa dengar nik selalu cakap padanya.setelah mematikan talian,syah pergi memberitahu papa dan mamanya akan hal rakannya tadi.
''perhatian!,nur hazimah binti zamri pelajar semester 6.ibu bapa anda sudah sampai untuk menjemput.sekian trima kasih."kedengaran suara pengumuman di corong speaker asrama."emah,family ko dah sampai tu.!".bentak esya mengejutkan kawan nya yang sedang asyik melayan lagu.emah gelabah,di lihat jam tangannya,"bru pukul 1,awal nya sampai"getus hati emah."owh,hehe..ok,jom".emah dan esya betulkan tudung mereka.dan turun dengan beg masing-masing menuju ke tempat parking kereta,mungkin diorang tungu disana.bila sudah bertemu empat mata dengan mak dan ayah dia.cepat emah hulurkan jangan bersalaman,esya menuruti berjabat tangan dengan emak emah."esya,ko nak tumpang tak?"emah serius bertanya.esya teragak-agak.segan di depan keluarga kawan nya itu."err.tak ape la emah,aku bleh naik bas sendiri.terima kasih erk".esya membalas berserta senyuman."betol ke ni esya?jangan menyesal pulak nanti".emah cuba menduga pendirian esya."betol.aku ok jela".ujar emah ringkas."baiklah,kalau macam tu,aku gerak dulu ek?"lalu mereka berpelukan.gembira,namun terselit juga kesedihan kerana terpaksa berpisah selama sebulan.emah menghantar mereka dengan pandangan sahaja,setelah mereka hilang dari pandangan,emah mengheret beg rodanya menuju.ke bas stop yang bertempat sedikit di luar kampus.tidak jauh,lima minit berjalan sudah sampai.
Nik gusar sendiri menanti kedatangan syah.sudah sepuluh minit berlalu,padahal rumah syah bukan jauh pun.asyik menanti.tiba-tiba.'piinn!piin!'bunyi hon menangkap di telinga dia."ha!panje umur mu.sapa pun".dia menghampiri kereta syah.syah membuka cermin tingkap keretanya."woi,!ape lagi,masukkan barang ko dalam bonet.hati-hati jangan calar kereta aku..".syah melaung,melawan bunyi enjin keretanya."hola,aku tau la."ringkas jawapan nik.selesai mengangkat barang.nik masuk ke dalam kereta,dan bejabat tangan dengan syah.syah terus gelak."haha.ko ni pun satu hal,boleh plak tak ada duit.haha".sambil memasukkan gear satu.masam mencuka wajah nik"huk aloh,mu ni..aku ado duit,tapi duk dale bank.atm punoh tadi.mu ikhlas ke dok tolong aku ni?".syah berhenti ketawa setelah mendengar jawapan nik.tak tau sama ada itu alasan atau sebaliknya."ok,ok.kalau aku cakap aku ikhlas,kau percaya ke?".soalan itu dibiarkan sepi.nik hanya melemparkan pandangannya ke arah bangunan kampusnya.syah hanya bawah perlahan sampi gear tiga,dia mellintasi bus stop.dan terlihat susuk tubuh seorang gadis berbaju kurung dan bertudung sempurna.'eh,macam kenal jer minah ni'syah berbisik di dalam hati.dia menekan break mengejut.nik pulak dengan riak wajah hairan,"oi,bakpo mu breti ni,tak kan kereto mu jem pulok?,tak munasaboh langsung.".luah nik,bimbang tidak kesampian hajatnya untuk sampai awal ke stesen bas.syah menolak tombol gearke posisi reverse seraya berkata."syyyh.ko diam jela.kan aku tinggal baru tau.".sekejap syah memerhati cermin pandang belakang,sekejap pusing kepala melihat ke belakang untuk mengundurkan keretanya.sehingga tepat didepan gadis tadi.syah membuka cermin tingkap di sebelahnya~
                 to be continued...

Sunday 12 January 2014

broken

I create this just because I wan to.not to mention anyone.ok. .?

Thursday 2 January 2014

SALJU KASIH DI HATI ep.1

            SALJU KASIH DI HATI
Episod 1
"kakak,jom la kita main lagi!"ajak afina
,sambil mengoncang tangan kakaknya."fina,akak penat la,kan kita dah main tadi,kita sambung nanti pulak ya?"balas arisya pada adiknya.dia sudah penat bermain menyorok bersama adiknya sejam yang lepas.Tiba-tiba afina berlari dan tersadung batu,"aduh!" jerit afina.Bergegas pula arisya mendapatkan adiknya yang kelihatan seperti sujud menyembah tanah,lalu melihat lutut afina yang tercalar seakan berdarah."Sakit tak.boleh bangun tak?"tanpa mendengar jawapan dari afina,kakaknya terus mendukung adiknya bergegas masuk ke dalam rumah.Zaiton yang sedang berada di dapur mendengar bunyi suara afina menahan sakit,lalu pergi menjenguk dari pintu dapur."ya allah,kenapa dengan adik engkau ni arisya!?"tanya mak dengan kedut seribu di dahi"mak,arisya rebah je tadi,tersepak batu. ."belum sempat habiskan jawapan mak nya terus mencelah"dah,ko pergi ambil ubat yang warna kuning dalam balik mak"sambil berjalan ke arah anaknya yg dibaringkan di atas kerusi rotan."baik mak"balas arisya.
Sambil menyapu ubat di lutut afina.Zaiton berpesan pada anak-anaknya."arisya. .,nanti bila mak dah tak ada,ko kena jaga afina.ayah ko pun dah penat kerja bwk lori sejak kahwin dengan mak"arisya yang berada di hadapan mak nya hanya menganguk wlaupun dia baru berusia 12 tahun.afina dua tahun lebih muda dari kakaknya arisya."abg ko si azrul tu,bukan boleh harap sangat.belajar pun ala kadar je,kelas pun banyak ponteng,dah la tahun ni dia ambik PMR. .hmm. "mak nya mengeluh kerana teringat akan anak sulung nya Azrul.bila dah besar nanti dapat atau tidak nak jaga ibu bapa nya.Zaiton tak inginkn lebih dari anak-anaknya melainkan masing-masing tahu hargai pengorbanan ibu dan ayah serta tahu menjaga diri dan matang dalam setiap tingkah laku.''arisya,tengok kan adik ko ni,mak nak masak kat dapur.jangan bagi dia bangun,nanti hilang pulak ubat yang mak sapu tu."pesan zaiton pada arisya.usai zaiton berlalu,arisya melihat adiknya"la. .dah tidur pulak dia ni".keluh arisya.
"hey,siti nur arisya A.K.A esya,apa yang kau duk mengelamun tu!?"tersentak lamunan esya sedari tadi di terjah nur hazimah teman sebiliknya yang dikenalinya sejak hari pertama pendaftaran masuk universiti.mereka sama-sama mengambil kursus diploma keuwangan."eh,kau ni,ada-ada je kan.tak ada apa la emah. Aku just teringat dekat arwah mak aku,rindu nak bermanja dengann dia."balas arisya dengan senyuman kelat di wajah.hazimah mendekatkan dirinya dengan esya yang berada di hujung katil menghadap tingkap itu."esya,kau sedekahkan aje al-fatihah untuk dia,dah sepuluh tahun dia pergi"kata emah mengusap belakang esya."eh,kau bau something tak?"tanya esya."apa benda plak yang kau bau?"emah terasa hairan."kau tak mandi ek?"soal esya sambil menutup hidungnya dengan tangan.lagaknya itu hanya sekadar gurauan untuk menceriakan keadaan."ah!,memandai je kau ni.dah,tak payah nk membongak eh,jom tido.esok kan ada kuliah,kang jadi mata panda pulak esok.lepas tu,kena sakat dengan syah pulak.hahaha!"balas emah untuk mematikan hujah esya."eh,aku cepuk baru tahu.tak ada kena mengena aku dengan syah tau.ke kau jealous
?"esya tersenyum kecil.emah lalu menguap sambil berkata"aku mengantuk la esya,dah pukul 12 ni.jom ah tido.malas aku layan kau dengan syah kau tu.haha!"terus emah naik ke katilnya yang berada di atas katil esya."oi,tutup lampu,melambung pulak bil api ni kang.!"jerit emah bila sudah siap berbaring."hek eleh,kau ni.sebelom kau naik katil tadi tak nak pulak tutup lampu dulu.!"akhirnya esya mengalah.dan melangkah malas menutup suis lampu.
Esya dan emah sama-sama mengatur langkah menuju ke bilik kuliah mereka.sambil melihat gelagat para pelajar di sepanjang laluan mereka.ramai pelajar lelaki melempar kan pandangan mereka terhadap arisya kerana kecantikanya.berkulit putih,berbaju kurung,bertudung ayu.yang paling special mata arisya bulat dan agak chubby.dia sudah biasa begitu.namun tidak dihiraukan dan tak mudah syok sendiri.itu lah yang membuatkan hazimah terasa dirinya bagaikan berada di sebelah selebriti pujaan ramai.setelah sampai di bilik kuliah dan mengambil tempat duduk,mereka melihat masih ramai lagi yang belum hadirkan diri.melilau mata hazimah mencari kelibat seorang jejaka hot di dalam universiti ini.''ehem-ehem''.kedengaran suara jejaka berdehem di telinga kira haziamah."eh,syah!.kau ni buat suspen je. ."belom sempat emah menghabiskan kata katanya syah pintas mencelah"kau cari aku kan?".tersentak di dlam hati emah'err.macam tahu jer dia ni' bisik di dilam hati emah."eh, you jangan nak perasan okey.why you come early today?not like ussualy.you datang bila lecturer datang."emah sempat menyorok kenyataan dgn bertanya."ala,aku aku datang awal ke,lewat ke.you shuldn't have know"esya yang berada di sebelah emah hanya membuat reaksi selamba.emah menyiku esya perlahan supaya esya melihat gelagat syah yang berada di tempat duduk belakang dia.esya tiada perasaan nak jeling,apatah lagi nak tengok."amboi jual mahal nampak nya si gadis ayu ni"syah berkata setelah perasan akan perlakuan emah mencuit esya tadi.'jual mahal?ada aku letak harga ke ape ape?.hrghh!'bentak hati esya merasa rimas.dia tahu syah cuba untuk tackle dia.tapi esya tetap berpegang dengan matlamat dia datang ke universiti ini.lagipun mamat tu dah ramai fans,beratur menunggu dia.anak orang kaya,muka jambu,stylo.ala-ala K-pop  pulak tu.uish!cair sapa pandang syah indrawan bin ismail ni lama-lama.
                                       to be continued...