Monday 16 May 2016

salju kasih di hati ep.2

EPISOD 2
"ok pelajar semua,i want you all submit this assignment after this mid term holiday!."semua mengangguk setuju mendengar arahan pensyarah Rahman.semua pelajar bersurai.pensyarah rahman sudah lima tahun berkhidmat mencurahkan ilmu kepada anak-anak pelajar tempatan dan antarabangsa.mengajar mata pelajaran bahasa english.sorang pensyarah yang disegani berkelulusan P.H.D dari universiti oxford.tidak pernah seorang pelajar pun pelajarnya merungut tentang apa yang dia ajar dan terangkan, kerana caranya yang sistematik membuatkan para pelajaranya mudah menangkap apa yang ingin disampaikan.
Di cafe,tidak ramai pelajar menjamu selara,kerana harga makananya ibarat mencekik darah.yang ramai pun hanya order minuman sahaja.begitu juga esya dan emah.esya suka minum tea o ais limau,saban hari datang ke cafe air itu je yang dia pandai sebut,emah pula hnya menuruti citarasa esya walaupun dia yang kena bayar nanti.setelah ambil tempat di meja yang berada di sudut. ''esya,ko nak balik hari apa?"emah bertanya sekadar memecahkan sunyi.ada sesuatu yang bermain dalam fikiran esya."apa?ko tanya bila aku nk blik?kenapa?"esya kembali menyoal selamba."ala..aku tak tahu macam mana nak buat assignment ni."emah membalas dengan nada manja."hek eleh,nak suruh aku balik rumah ko la tu..".kata emah masih lagi selamba."ish. . !" .tiba-tiba datang seorang lelaki yang cukup dikenali datang menarik kerusi duduk bertentangan esya tanpa diundang."hai esya..seronok berbual,i tak ganggu you kan?sapa syah dengan wajah tidak bersalah"ehem-ehem!..esya je ke yang ada kt sini?"keluh emah,terasa dirinya diketepikan oleh jejaka hot .syah hanya mengukirkan senyuman terhadap emah.esya hanya memerhatikan lewat ekor matanya."ala emah..don't be like that la.i just want to test you je. .who is more give me respon.hmm,what's wrog with your BFF ni?i talking with her,and her acting like I'm invisible man."luah syah merasa frust kerana tidak dilayan.kalau gadis lain di dalam kampus ini dia cuma perlu petik jari berduyun datang ingin berdamping dengannya.tetapi gadis comel kecil molek ini susah bagi nya untuk pancing.mungkin umpannya tidak begitu menarik perhatian mangsa."eh,esya,kau ni dah kenapa?"soal emah pula."kau nak ape syah?,aku tak ada apa-apa urusan dengan kau." esya menyoal selamba stelah bosan berdiam sahaja."kenapa you ni dingin je?have problem?just tell me,anything.except helping you to do the assignment.because. . ."belum sempat syah habiskan kata-kata,esya terus memotong."if I have problem in my life,what to do with you?just waste your time.huh"esya merengus.pantas begnya dicapai,segara mengangkat kaki,berlalu.gelabah emah ingin menurut langkah dia.syah terkedu dengan perlakuan esya yang tiba-tiba.emah sempat meminta maaf pada syah dalam keadaan tergocoh-gocoh ingin bangkit mengejar esya."hey,tunggu aku.!"laung emah.pelajar yang ada di skeliling memerhati kehairanan.lagaknya seperti dalam drama melayu,seorang gadis berlalu pergi kerana seorang gadis disakiti sang kekasih,dan si rakan cuba memujuk.dan si lelaki hanya berdiam ditempat duduknya,langsung tidak kisah.
Syah mengeluh.lain yang diharapkan,lain yang jadi.tak apa lah,esok kan dah mula cuti.tahu lah nanti apa dia nak buat.dia sudah sampai di pankin kereta.kereta Nisan GT pemberian ayahnya,Dato' Ismail.sempena hari jadi yang ke-20 tiga tahun yang lalu.masuk dalam kereta,campak beg ke seat belakang,termenung seketika"ah,kenapa susah sangat nak di ajak berbual.betul-betul jual mahal dengan aku ya,perempuan.walau pun dah lima semester kita bersama,kau masih belum kenal aku esya.aku tak akan berputus asa!"syah monolog sendiri,dari percakapannya,seakan memasang satu tekad.dia menghidupkan enjin,bunyi deruman yang garang.semua pelajar pasti mengenali bunyi enjin kereta yang sebegitu.sudah pasti CBC 942 yang mana pemiliknya jejaka hangat kegelian gadis-gadis yang masih solo.laju pecutan kenderaanya,walaupun didalam kampus.pak guard juga sudah biasa.
Esya mencampakkan beg di atas katil,lalu berbaring malas.manakala rakannya duduk di kerusi dan meletakan beg di katil atas."esya,ko ada masalah apa sebenarnya ni?".pertanyaan emah membuatkan esya bangkit kembali dari pembaringannya."i can tell you,but you must promise to me,to keep this as a secret,will u?"emah lalu menhulurkan jari kelingking nye,lalu esya menyambutnya dengan jari yang sama."promise"lafaz emah di iringi senyum lebar dengan perasaan tidak sabar ingin dengar apa yang di katakan Rahsia oleh emah itu tadi.esya sudah  bersedia untuk luahkan."sebenarnya. . . .

                                         to be continued. .

Tuesday 10 May 2016

SAYAP

 SAYAP
SAYAP..
AKU TERBANG,SEDERHANA,,
KAU BUAT KAKI KU
TERANGKAT  DARI LANTAI DUNIA
DI  AWANGAN AKU BERNAFAS

SAYAP..
KAU BAWA KU BERIMAGINASI
MELANGKAU LOGIKA INSANI
TERBIT ROH DARI JASAD
JASAD YANG MATI DI MALAM HARI

SAYAP
INDAH HIDUPKU DI KELILINGI AWAN
TIDAK TERSAKITI KERNA MULUSNYA AWAN
TULUS  JASAD MENEROKA BAIT AWANGAN
MEMBUAK RASA INGIN TERUS LEBIH TINGGI

SAYAP
AKU TERBANG , TINGGI..
SELURUH JASAD KINI MELANGKAU AWAN
KABUR PANDANGAN DI BAWAH
TIDAK KELIHATAN INSAN-INSAN

SAYAP,
KAU ALIHKAN KU KE GALAKSI
KU DONGAK ,KU TUNDUK
GALAKSI IMAGINASI CIPTAAN BUAS
MEMECAH TEMBOK LOGIKA

SAYAP.
ANGIN KECIL DATANG BERTAMU
GOYAH ARAH TIDAK TERKAWAL
TERSILAP AKU MENGAWAL ARAH
TERLORONG GALAKSI BINASA

SAYAP,
KINI KAU TELAH PATAH
HANCUR JASAD KU TERJUNAM
BERKECAI DI LANTAI DUNIA
LANTAS MENAJADI BAJA MERESAP

SAYAP.
KU PINTA KAU PULIH
KU HARAP KEMBALI ASAL
KU HARAP KAU BISA..
KU RAPUH,CUMA PELUANG ITU.

NUKILAN,
SYEDOPPA

#ONIEKAULAHSAYAP ITU








Friday 11 March 2016

merapu meraban meroyan wth

HATI,,,

cliche kan? hati semua orang pun tahu,,

demi hati yang sering tertanya2.. aku tlah buat perkara yang sia-sia,,

demi hati yang x pernah puas,, aku telah bnyak buang masa,,

demi hati yang selalu mencari sesuatu ,aku slalu tidak optimis..

hati ini telah mengawal semua pergerakan ku,, seluruh adrenalin ku tidak berfungsi melainkan hati ini arahkan sesuatu,, kenapa hati ini begitu rapuh,,

bagiku hati adalah sebuah,,bukan sekeping,,

jika sekeping kurang lah sifat pada nama,,

jika sebuah , barulah ia sarat dengan sifatnya..

kenapa hati ku selalu mengejar dia,,?

kenapa hati ku selalu mencari dia saat sudut hati terasa kosong?

kenapa hati ku selalu memerhati dia?

kenapa hati ku tidak yakin dgn dia?

dan kenapa hatiku sering menangis ats setiap tingkah dia,,

parah,,

namun pasrah,,

hmm..

nukilan
buat noor hawa,
kuala ibai.

Friday 16 October 2015

puisi-RASA ITU


RASA ITU

cahaya menghilang..redup
begitupun jua sang hati masih bertahan
jiwa bergelodak tercurah bening-bening halus
pertahan bisikan nurani,menyekat naluri
kemunculan sinar mentari menjadi harapan

akur dengan putaran hidup
melakar peristiwa buat diri renungi
ketinggian tempat berdiri usah di duga
selamanya kan tinggi
tekad tanpa kenal asa makna omelan kecil
tak dihiraukan
atur langkah demi hati yang makin lolos dek jerebu cinta
terjerit-jerit mencari topeng kalis,bimbang dari menerobos
rongga terus ke hati..

kalaupun tali sejengkal tak bisa dihulur
usah biar terjerut jari jemari  sendiri
janji yang termungkir imbas semula
tuntutan kembali menghantui pelusuk raga
kekecewaan hadir di selangi duri yang tampak
berhias cantik..terselindung..ketika mata hati mula
menyedari akan semua itu hanya
lakonan sendiwara mereka..

waktu yang berlari tak mungkin kembali
kiranya masih belum selami diri
masih jua dengan bicara tanpa erti
tidak akan ketemu jua langkah betul
pada jalan yang benar diakhirnya.

Nukilan Puisi
-syedoppa-




Friday 24 July 2015

BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.2.

 BHG 2.



 Apabila tabban mendengar hal ini,datang rasa tamak hendak menguasai harta ini.dia lalu mempersiapkan tenteranya bagi menyerang Mekah dan Kaabah.Apabila pendeta yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama yahudi mendapat tahu perkara itu .mereka menghadap tabban.mereka menasihati tabban supaya tidak menyerang mekah dan kaabah.
Mereka berkata, “yang kami tahu,kaabah inilah satu-satunya rumah tuhan di atas muka bumi ini.kalau kamu serang kaabah,tuhan akan memusnahkan kamu.”

  Tabban menerima nasihat itu dan meminta pandangan pendeta yahudi itu apa yang patut dia lakukan apabila memasuki mekah nanti.

  Pendeta yahudi berkata, “apabila tuan masuk mekah nanti,tuan besarkan kaabah.”

  “Bagaimana?”. Tabban bertanya.

  Pendeta yahudi berkata. “tuan tawaf sekeliling kaabah.”

  Tabban bertanya kepada pendeta, “adakah kamu akan tawaf juga?”

  Pendeta berkata.”kami pun hendak tawaf,tetapi oleh kerana kaabah pada masa ini dipenuhi dengan berhala di sekelilingnya,kami para ulamak tidak sepatutnya tawaf dalam keadaan itu.”

  Tabban pun melaksaanakan nasihat pendeta yahudi itu,semasa di mekah,dia bermimpi memakaikan kelambu pasa kaabah,dia memerintahkan orang2nya supaya meyiapkan kelambu kaabah.dengna itu,orang pertama yang memakai kan kelambu pad kaabah adalah taaban bin as’ad,raja yaman ini.selepas itu,barulah suku arab menyambung tradisi ini.

  Apabila tabban balik ke yaman dia memerintahkan semua rakyatnya masuk agam yahudi tetapi rakyatnya tidak setuju.rakyat yaman ketika itu menyembah api .di setiap rumah mereka ada rumah api.apabila mereka bergaduh sesama sendiri ,mereka pergi ke rumah api itu .pabila rumah api dibuka,siapa yang mula-mula yang disambar api dialah yang bersalah.mereka mengambil keputusan berhakim dengan api dalm masalah arahan tabban ini.tabban pun bersetuju.


  Pada hari yang ditentukan,pendeta yahudi itu di bawa kerumah api.begitu juga dengan pendeta majusi yang menyembah api.apabila dibuka rumah api,api menyambar pendeta majusi.mereka lari meyelamatkan diri.rakyat tidak puas hati,diulang lagi bagi kelai kedua,kali ni pendeta majusi dipaksa jangna lari.kali ini pun terkena pendeta majusi juga.akhirnya,pendeta majusi mati dibakar oleh api di situ.dengan itu,semua rakyat yaman masuk agama yahudi.demikianlah menurut ahli-ahli sejarah bagaimana yahudi masuk ke yaman dan seterusnya ke semenanjung arab.

sekian,
dipetik dari buku
Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH,
PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI.

Penulisnya,
zulkifli mohd yusuff
noor naemah abd. rahman.


Wednesday 22 July 2015

BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.1

Bagaimana Agama Yahudi bertapak di semanjung Arab

   Ahli-ahli sejarah memulakan cerita bagaimana agama yahudi bertapak di semenanjung arab dengan kisah seorang pemimpin yaman yang bernama Rabiah bin Nasr.Beliau bermimpi pelik dan kemudian mimpi itu ditafsirkan oleeah ahli nujum.

    Ahli nujum berkata, “mimpi tuanku bermaksud orang-orang habsyah akan menakluki yaman.” Tanya Rabiah, “bila?” Ahli nujum berkata “sekitar 60 sehigga 70 tahun lagi .”

   Rabiah takut hal itu berlaku keatas zuriatnya ,lalu dia membawa semua ahli keluarganya meninggalkan negeri yaman.Mereka berpindah ke Hirah yang berdekatan dengan iraq.Akhirnya mereka menguasai Hirah.Ahli-ahli sejarah mengatakan, NU’aim bin Munzir,Raja Hirah adalah daripada keturunan Rabiah bin Nasr.

   Pada masa itu, raja-raja Rom dipanggil kaisar,raja-raja Farsi di panggil kisra,raja-raja di negeri Habsyah dipanggil najasy,dan raja-raja negeri yaman dipanggil tubba’.ia bermaksud orang-orang yaman.

   Suatu masa,yaman diperintah oleh tubba’ yang bernama Tabban bin as’ad.Dia adalah raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan melancong .pada suatu masa,dia keluar berdagan ke negeri Syam dengan ditemani oelh anknya dan tentera-tenteranya.sebelum ke Syam ,mereka terlebih dahulu singgha di madinah,kemudian anaknya ditinggalkan menguruskan perniagaannya di Madinah.
Semasa Tabban bin As’as pergi ke syam,berlaku perselisihan faham antara anaknya dengan orang-orang madinah sehingga orang-orang madinah membunuh anknya . Apabila Tabban tahu,dia berpatah balik hendak menuntut blea atas kematian anknya.Berlakulah peperangan antara orang Yaman dan orang madinah.

   Dalam peperangan itu,ada suatu perkara yang memelikkan Tabban.Orang madinah hanya berperang pada siang hari.apabila sampai waktu malam,mereka berhenti berperang.pada waktu malam,orang-orang madinah menghantar makanan da minuman kepada tentera tabban yang memerangi mereka pada siang hari.sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka pada siang hari.Walaupun dilayan begitu baik ,Tabban tetap mahu menuntut bela kematian anaknya.

    Ditengah-tengah peperangan ini ,pendeta-pendeta yahudi yang datang dari syam menemui tabban .Mereka  mahu berbincang dengan Tabban .

   Selepas masuk menghadap Tabban mereka bertanya, “apa yang kamu mahu daripada peperangan ini,wahai tabban?”

Tabban berkata , “aku mahu merosakkan madinah.”

   Pendeta yahudi berkata pda tabban, “Kamu tidak akan berjaya ,tuyhan akan musnahkan kamu.Madinah ini adalah tempat hijrah Muhammad bin Abdullah,begitulah yang di sebut dalam kitab-kitab kami.”

   Dari situ,Tabban berminat dan tertarik mendalami kitab suci orang yahudi yang dipanggil taurat.Akhirnya,dia memeluk agama yahudi.Dengan itu,dia berhenti memerangi orang-orang madinah.selapas itu dia sna teneterany bergerak ke Mekah.


    Pada masa itu orang yahudi suku Huzail memusuhi orang Mekah dan mereka juga tidak suka orang yaman.Mereka mengambil peluang ini melaga-lagakan orang yaman dengan orang mekah .mereka menghadap tabban dan menceritakan di mekah terdapat bangunan iaitu kaabah dimana di bawah kaabah ini terdapat emas dan permata.memang pada masa itu orang arab menanam emas dan permata di bawah kaabah bagi memuliakan kaabah.

Wednesday 7 May 2014

my opinion about new song AKU TAHU by altimet ft tomok


Here, some my own opinion about new single, altimet ft. tomok : akutahu                                                                                                                             
Yeah yeah yeah yeah
Mmmm
**yang ni opening dia la..lebih kurang macam dia menyapa (hai..) 

Bila berdepan tak bisa bebicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku didalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu ke arah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hari
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna kau mengajar aku inilah cara lelaki

**meluahkan isi hati melalui lagu yang dia cipta
Seorang anak yang ingkar ketika remaja
Selalu memberi beban kepada ibu bapa berbanding meringankan beban
 selalu menyalahkan kedua org tua bila mereka buat sesuatu yg menyakitkan hati dia(anak)
bila dia dah besar dia sedar bahawa ada perkara waktu ketika dulu kedua org tua nye tak memahami nalurinya.selalu teringat akan kelakuan dia dengan org tuanya,sukar untk maafkan diri sendiri.tidak mentaati org tua,dia sedar,dia kan bawa dosa2 itu ke akhirat kelak.sbb org tuanya sudah mengajarnya inilah tanggungjawab kita sebagai seorang lelaki
Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti

**dia sedar ibu bapa dia dah tak lama nafasnya
Dia tahu yg dia kena terima juga sekirnya org tua nya pergi untuk selamanya
Dan pada waktu itu dia akan iringi pemergian tanpa air jurian air mata
Dia akan perlihatkan bagaimana org tuanya bila dia sudah mempunyai anaknya sendiri,yang membawa erti.dia akan mengajar anak2 nya seperti mana org tuanya dahulu serta dia akan sentiasa akan mengingati orang tuanya bila memandang mata anaknya kelak..

Chorus:
Hari ini ku tahu
Memori menghuni di pemikiranku
Ooo..
Akan diungkap waktu
Sejarah masa depanku
Itu aku tahu

**verse tomok menyatakan:sekarang dia(anak)tahu betapapun memori yang ada terakam dalam pemikirannya akan di ungkit juga di padang masyar nanti tentang sejarah hidup dia yang lalu juga waktu hadapan
Aku tahu
Aku sering pergi
Menyepi berhari aku mencari rezeki
Ku kembali senyumanmu aku nikmati
Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami

**kini anak tadi telah bergelar seorang ayah dan mempunyai anak.dan bekerja seharian mencari nafkah untuk anaknya,setelah pulang dari kerja dapat si ayah melihat senyuman anknya,boleh mendengar suaranya anaknya,dan merasakan kasih anaknya..

Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi
Genggamanmu kecil hanya muat satu jari
Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi
Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti

**si ayah tak marah anak nya menganggu tidurnya tiap pagi,
Kerana di dalam hatinya anak itulah permata dalam hayatnya,
Tak sabar untuk melihat anaknya dewasa

Kalau aku berjalan ku mahu kau berlari
Ku tadahkan bahu kau capailah matahari
Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi
Terima kasih kerna mengajar aku jadi lelaki

**si ayah menytakan bahawa dia tak sabar melihat anaknya bertatih membesar
Seterusnya membantu anaknya mencapai kejayaan dalam hidup,supaya menjadi anak yg berguna kepada masyarakat sekaligus menjadi anak yg disegani orang sekeliling,dan berterima kasih kerana membuatkan si ayah bergelar seorang lelaki yg bertanggungjawab

Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi
Kau perlu tahu aku akan kau kebumi
Lakukannya tanpa airmata di pipi
Lihat aku hidup di dalam anak-anakmu pasti

**si ayah tadi berpesan pula pada anaknya bahawa bila tiba waktunya dia akan pergi bertemu ilahi,si anak perlu redha menerimanya tanpa jurian air mata,bila sudah dewasa nanti ajarilah cucunya seperti mana dia(ayah)kelak.


Mungkin bagi korang di atas tu terjemahan biasa,its ok..

Apa yg membuatkan aku nak tulis sgt,,why??

Ok,iannya sbb aku Nampak apa yg yg tersurat dan tersirat dalam lirik lagu ni.
Bila aku dengar lagu ni,aku jadi terfikir akan tentang diri aku sendiri,yang mana jalan hidup aku bersama keluarga aku.especially,with my parent of course.ia menyedarkan tahap kesedaran kita sebagai anak.apa yg kita lakukan waktu dia masih ada di depan kita.knp kita tak taat?knp kita lawan kata2 mereka.tak sedar kah kita satu hari nanti mereka akan pergi?lalu apa jasa kita pada mereka sewaktu mereka masih hidup?apa pula kita nak buat selepas mereka tiada.kita juga bakal jadi ibu atau bapa,kita pula berada di tempat mereka,apa yg kita lakukan?.waktu kita muda,kita derhaka,bila kita ada anak sendiri dia pun derhaka sperti mana kita dahulu,nah,,!apa rasa mu?terjawab ke?.kemudian jasa kita slepas mereka tiada..kalau agamanya islam,waktu kecil,mak ayah mesti selalu suruh anaknya mengaji nak suruh pandai baca quran.sbb.bila mereka mati,boleh sedekah kan mereka surah yasin di kuburan mereka.dan kalau boleh jadi seorang hafiz(hafalan30 juzalquran).boleh bagi syafaat dkt mak ayah serta adik beradik lain nanti(di akhirat)mengingatkan bahawa amalan kita nanti akan dipertontonkan di padang mashar.segala kelakuan x senonoh kita yg dulunya org lain x Nampak.ketika itu semua makluk akn tahu.segala perbuatan derhaka kita.
Itu Apa yg aku faham setelah aku mendengar berpuluh2 kali..(aku siap buat repeat mood dlm music player aku untuk satu lagu ni jee..). industri muzik dalam Malaysia,kebanyakan lagu2 nya berkonsepkan cinta,cinta 3segi.cinta dua benua,cinta berkecai,cinta tak bersahut,cinta syok sendiri..err,,lebih kurang la tu kan. Har..har..! tapi x bermaksud aku tak sukakan lagu2 itu.yg membezakan lagu2 ini,hanya arrangement music jer serta vocal penayanyi yg melariskan lagu tersebut.nah..kita terlupa,xkan kita nak berhibur je semata2?tdk kah ianya sia2 shj klau mcm tu?kita lupa,tetang bait2 lirik dalam lagu memberikan peranan dan impak bagi mereka yg mendengar lagu dan mengutip intipatinya.dalam sebuah lagu itu patut terselit nilai2 murni,dan pengajaran serta mesej yg bernilai kepada pendengar.. nah..kalau lagu cinta?xde ke smua tu?.ada..but,that’s all normal thing.nowdays,almost avery people know about it.
Single terbaru  Aku tahu-Altimate ft Tomok.bergenre R&B berkonsepkan keluarga. Lagu ni menyajikan kelainan.maybe tak semua org minat Rnb.mungkin arrangement music pun x la gempak sangat ala2 balada gitu.lirik pun x panjang.  Ok.. thanks..