Friday 16 October 2015
puisi-RASA ITU
RASA ITU
cahaya menghilang..redup
begitupun jua sang hati masih bertahan
jiwa bergelodak tercurah bening-bening halus
pertahan bisikan nurani,menyekat naluri
kemunculan sinar mentari menjadi harapan
akur dengan putaran hidup
melakar peristiwa buat diri renungi
ketinggian tempat berdiri usah di duga
selamanya kan tinggi
tekad tanpa kenal asa makna omelan kecil
tak dihiraukan
atur langkah demi hati yang makin lolos dek jerebu cinta
terjerit-jerit mencari topeng kalis,bimbang dari menerobos
rongga terus ke hati..
kalaupun tali sejengkal tak bisa dihulur
usah biar terjerut jari jemari sendiri
janji yang termungkir imbas semula
tuntutan kembali menghantui pelusuk raga
kekecewaan hadir di selangi duri yang tampak
berhias cantik..terselindung..ketika mata hati mula
menyedari akan semua itu hanya
lakonan sendiwara mereka..
waktu yang berlari tak mungkin kembali
kiranya masih belum selami diri
masih jua dengan bicara tanpa erti
tidak akan ketemu jua langkah betul
pada jalan yang benar diakhirnya.
Nukilan Puisi
-syedoppa-
Friday 24 July 2015
BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.2.
BHG 2.
Apabila tabban mendengar hal ini,datang rasa tamak hendak
menguasai harta ini.dia lalu mempersiapkan tenteranya bagi menyerang Mekah dan
Kaabah.Apabila pendeta yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar
mereka agama yahudi mendapat tahu perkara itu .mereka menghadap tabban.mereka
menasihati tabban supaya tidak menyerang mekah dan kaabah.
Mereka berkata, “yang kami tahu,kaabah inilah satu-satunya
rumah tuhan di atas muka bumi ini.kalau kamu serang kaabah,tuhan akan
memusnahkan kamu.”
Tabban menerima nasihat itu dan meminta pandangan pendeta
yahudi itu apa yang patut dia lakukan apabila memasuki mekah nanti.
Pendeta yahudi berkata, “apabila tuan masuk mekah nanti,tuan
besarkan kaabah.”
“Bagaimana?”. Tabban bertanya.
Pendeta yahudi berkata. “tuan tawaf sekeliling kaabah.”
Tabban bertanya kepada pendeta, “adakah kamu akan tawaf
juga?”
Pendeta berkata.”kami pun hendak tawaf,tetapi oleh kerana
kaabah pada masa ini dipenuhi dengan berhala di sekelilingnya,kami para ulamak
tidak sepatutnya tawaf dalam keadaan itu.”
Tabban pun melaksaanakan nasihat pendeta yahudi itu,semasa
di mekah,dia bermimpi memakaikan kelambu pasa kaabah,dia memerintahkan
orang2nya supaya meyiapkan kelambu kaabah.dengna itu,orang pertama yang memakai
kan kelambu pad kaabah adalah taaban bin as’ad,raja yaman ini.selepas
itu,barulah suku arab menyambung tradisi ini.
Apabila tabban balik ke yaman dia memerintahkan semua
rakyatnya masuk agam yahudi tetapi rakyatnya tidak setuju.rakyat yaman ketika
itu menyembah api .di setiap rumah mereka ada rumah api.apabila mereka bergaduh
sesama sendiri ,mereka pergi ke rumah api itu .pabila rumah api dibuka,siapa
yang mula-mula yang disambar api dialah yang bersalah.mereka mengambil
keputusan berhakim dengan api dalm masalah arahan tabban ini.tabban pun
bersetuju.
Pada hari yang ditentukan,pendeta yahudi itu di bawa kerumah
api.begitu juga dengan pendeta majusi yang menyembah api.apabila dibuka rumah
api,api menyambar pendeta majusi.mereka lari meyelamatkan diri.rakyat tidak
puas hati,diulang lagi bagi kelai kedua,kali ni pendeta majusi dipaksa jangna
lari.kali ini pun terkena pendeta majusi juga.akhirnya,pendeta majusi mati
dibakar oleh api di situ.dengan itu,semua rakyat yaman masuk agama
yahudi.demikianlah menurut ahli-ahli sejarah bagaimana yahudi masuk ke yaman
dan seterusnya ke semenanjung arab.
sekian,
dipetik dari buku
Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH,
PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI.
Penulisnya,
zulkifli mohd yusuff
noor naemah abd. rahman.
Wednesday 22 July 2015
BAGAIMANA AGAMA YAHUDI BERTAPAK DI SEMENANJUNG ARAB.BHG.1
Bagaimana
Agama Yahudi bertapak di semanjung Arab
Ahli-ahli sejarah memulakan cerita bagaimana agama yahudi
bertapak di semenanjung arab dengan kisah seorang pemimpin yaman yang bernama
Rabiah bin Nasr.Beliau bermimpi pelik dan kemudian mimpi itu ditafsirkan oleeah
ahli nujum.
Ahli nujum berkata, “mimpi tuanku bermaksud orang-orang
habsyah akan menakluki yaman.” Tanya Rabiah, “bila?” Ahli nujum berkata
“sekitar 60 sehigga 70 tahun lagi .”
Rabiah takut hal itu berlaku keatas zuriatnya ,lalu dia membawa
semua ahli keluarganya meninggalkan negeri yaman.Mereka berpindah ke Hirah yang
berdekatan dengan iraq.Akhirnya mereka menguasai Hirah.Ahli-ahli sejarah
mengatakan, NU’aim bin Munzir,Raja Hirah adalah daripada keturunan Rabiah bin
Nasr.
Pada masa itu, raja-raja Rom dipanggil kaisar,raja-raja
Farsi di panggil kisra,raja-raja di negeri Habsyah dipanggil najasy,dan
raja-raja negeri yaman dipanggil tubba’.ia bermaksud orang-orang yaman.
Suatu masa,yaman diperintah oleh tubba’ yang bernama Tabban
bin as’ad.Dia adalah raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan
melancong .pada suatu masa,dia keluar berdagan ke negeri Syam dengan ditemani
oelh anknya dan tentera-tenteranya.sebelum ke Syam ,mereka terlebih dahulu
singgha di madinah,kemudian anaknya ditinggalkan menguruskan perniagaannya di
Madinah.
Semasa Tabban bin As’as pergi ke syam,berlaku perselisihan
faham antara anaknya dengan orang-orang madinah sehingga orang-orang madinah
membunuh anknya . Apabila Tabban tahu,dia berpatah balik hendak menuntut blea
atas kematian anknya.Berlakulah peperangan antara orang Yaman dan orang
madinah.
Dalam peperangan itu,ada suatu perkara yang memelikkan
Tabban.Orang madinah hanya berperang pada siang hari.apabila sampai waktu
malam,mereka berhenti berperang.pada waktu malam,orang-orang madinah menghantar
makanan da minuman kepada tentera tabban yang memerangi mereka pada siang
hari.sampai begitu sekali mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah
musuh yang memerangi mereka pada siang hari.Walaupun dilayan begitu baik
,Tabban tetap mahu menuntut bela kematian anaknya.
Ditengah-tengah peperangan ini ,pendeta-pendeta yahudi yang
datang dari syam menemui tabban .Mereka
mahu berbincang dengan Tabban .
Selepas masuk menghadap Tabban mereka bertanya, “apa yang
kamu mahu daripada peperangan ini,wahai tabban?”
Tabban berkata , “aku mahu merosakkan madinah.”
Pendeta yahudi berkata pda tabban, “Kamu tidak akan berjaya
,tuyhan akan musnahkan kamu.Madinah ini adalah tempat hijrah Muhammad bin
Abdullah,begitulah yang di sebut dalam kitab-kitab kami.”
Dari situ,Tabban berminat dan tertarik mendalami kitab suci
orang yahudi yang dipanggil taurat.Akhirnya,dia memeluk agama yahudi.Dengan
itu,dia berhenti memerangi orang-orang madinah.selapas itu dia sna teneterany
bergerak ke Mekah.
Pada masa itu orang yahudi suku Huzail memusuhi orang Mekah
dan mereka juga tidak suka orang yaman.Mereka mengambil peluang ini
melaga-lagakan orang yaman dengan orang mekah .mereka menghadap tabban dan
menceritakan di mekah terdapat bangunan iaitu kaabah dimana di bawah kaabah ini
terdapat emas dan permata.memang pada masa itu orang arab menanam emas dan
permata di bawah kaabah bagi memuliakan kaabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)